BismillahirRahmanirRahim

Maksud ayat: "Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang muttaqin"

surah al-Furqan: 74

Friday, December 17, 2010

inspirasi sebuah gambar :)


Bismillah..syukur Alhamdulillah pada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan ketenangan disaat diri seakan tidak berdaya menahan ujian dariMu, ternyata benar mencintaiMu adalah penawar yang paling mujarab..menagih cintaMu Ya Allah semakin membuatkan daku lebih kuat membenteng diri dari hasutan syaitan...tiada yang lebih mendamaikan setelah apa yang dicari akhirnya ketemu..hilanglah segala resah dan gelisah..dalam kedamaian yang sedang aku rasakan ini terhasillah inspirasi dari sebuah foto yang amat ku sukai ini :)

Wednesday, October 6, 2010

Meraikan pernikahahan adik iparku...


Alhamdulillah, telah bertambah lagi ahli keluarga mertuaku Cikgu Jaafar Sidek & Mak Esah, selamat datang mokli hehehehe, panggilan buat isteri adeq li yang direka oleh encik ku.. sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua.

:) marilah kita doakan pengantin..Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jamaa baina kuma fi khair..

nama panggilan diri ini dalam keluarga mertuaku adalah mokrol sebab suamiku dipangggil pokrol jadinyer dia reka nama mokrol buatku..heh
ehe katanya baru ngam..macam2...

special treat, aku dah buat video klip gambar-gambar yang telah aku ambil sepanjang hari sewaktu kami di pulau rumput meraikan majlis pertunangan & pernikahan adeq li...suasana dirumah pengantin perempuan sangat "sweet" dengan warna merah jambu...meriah dan ceria...

yang paling meriah dan ceria hari tu adalah anak ku safiah hanan..bukan main seronok dia melasak sampai umi dia tak sempat nak amik gambar pokli dia akad nikah...huhuhu

apapun meh le kita layan video klip yang sempat dibuat khas untuk pengantin baru!



Wednesday, September 22, 2010

inspirasi utk menjadi ibu mithali..aminn..

ku temui nukilan ini dari sebuah blog yg sgt informatif.....www.ibumithali.com

hayati nukilan ini....semoga aku juga nantinya seorang ibu yg mithali buat puteri2 ku...isteri yang soleha buat suamiku, anak yang baik terhadap orang tuaku...juga sorg muslimah yg menjalankan segala tanggungjawab dan hak...insyaAllah...

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.

:)

eid mubarak...

Salam lebaran, Alhamdulillah masih lagi disini menulis..ramadan yg mulia telah berlalu semoga apa yg telah ku amalkan sepanjang bulan rahmat itu tetap ku beristiqomah menekuninya sepanjang hayat ini,Ya Allah kuatkanlah semangatku ini, tetapkanlah pendirian, iman dan amalku semata-mata meraih CINTA-MU....

selepas membaca majalah solusi hari ini, ku sgt tertarik dengan mutiara kata ini...

"Sahl bin Abdullah berkata:"tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran.Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan akhirat.Tanda cintakan akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia.Tanda membenci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."

selamat hari raya, semoga kita mengerti maksud raya ini...

:)

Friday, August 27, 2010

Message To Muslim Sisters

salam, pagi2 ni ku mencari sedikit motivasi diri lalu ku temui vid yg menarik ini, tersentuh sungguh selepas melihat mesej yang sampaikan khusus buat wanita islam...banyak perubahan diri yang perlu di lakukan..anjakan paradigma perlu di lakukan kerana aku wanita islam..maka selepas melihat vid ini aku telah mendapat suntikan motivasi yang ku cari..terima Kasih pada Mu Ya Allah kerana nikmat Iman & Islam ini..